Monday 13 July 2015

Aku dan kerja baru

01 April 2011,
Hari pertama aku ditempat baru. Kerja baru aku ni sebenarnya on shift, tapi kena masuk office hour dulu untuk sebulan, on job training orang kata. Hehehe!! Perasaan?? Aneka juadah ye, dalam otak fikir mana nak pegi nanti, nak jumpa siapa, apa nak buat sorang2 nanti? Excited? Of courseee!! Bila fikir balik apa yang aku study dulu dengan kerja aku dapat takde kena mengena langsung. Jauh panggang dari api, gitewww!! First time pergi kerja drive jauh sikit dengan jalan ingat ingat especially dekat roundabout yang nak ke KLIA/LCCT tu. Dua kali aku main pusing2 roundabout ye, tgk signboard pun tetap pening. Umm, masa ni si dia tak balik Malaysia lagi. Terkesan ye korang, masa kita happy, kita teruja, kita excited, orang yang paling dekat kita tu takde. Lain rasa dia when we share our excitement through phone/message, especially bila kita dapat respond macam, "ohhh, im really happy for you","enjoy your new job" and so. Aku tak nampak muka dia, aku tak tau nak tone kan message dia tu mcm mana, dia mmg betul2 join excited sekali ke or normal wish yang mcm kebanyakkan orang hantar. Apa pun, lucky im an independent person so akan just swallow the bitter and go on with my ordinary life with smile. Ececece! Sampai je main door nak masuk ke tempat kerja tu, aku dah mula rasa awkward sangatttt, sorang2kan, rasa pelik jadi orang baru ni, tak tahu mana nak pergi, ofis aku pun aku tak tau kat mana. Dah la kita ni ye ye je pakai formal, padahal company tu tak practise formal culture, no dress code, you can wear any casual attire. Tapi yelah, tak tau kan masa tu, buat muka tak faham jelah. One thing, nasib baik aku dah make friend with my batchmate few days before start kerja ni, jumpa masa report dekat people department, so dah exchange number. And lucky also, dua orang aku jumpa ni pun on job training sama dengan aku. Jadinya im not alone, ada la geng nak pegi lunch dan aktiviti yang sewaktu dengannya. Dengan itu, aku pun masuk ofis dengan geng, then i meet all new people inside there and everyone were so cool and friendly. Aku jela yang problem sikit sebab aku kurang bercakap dengan orang yang aku tak kenal, jadinya aku lagi banyak sengihhh je dari bercakap.

Kerja shift pun bermula,
Aku telah pun dipisahkan dengan geng2 yang lain sebab masing2 dah masuk team lain, team yang aku dapat pulak, aku sorang je perempuan dalam tu. Im the Cinderella and they are The Dwarfs, gahahahaha!! Aku dah mula dapat adapt my job task and working in shift, started to enjoy and love my new job and can get along and mix with all The Dwarfs kat dalam team aku tu. I feel special, cause im the only girl and they treat me nicely. Aku dgn dia still together lagi, tapi our communication mmg dah sangat2 kurang masa tu, most of the time aku yang banyak cari dia. Sometimes aku call or sms dia masa time kerja, just want to talk to him. Tapi kopakkkk masa tu, cakap berapa minit je credit RM10 lesap, dah la masa tu duit pun takde, baru nak merangkak balik buat saving. Bila aku off, aku selalu standby online YM, Skype apa semua, aku tunggu sampai pukul 3 pagi, tapi dia tak online. Yeahh, dia jarang sangat cari aku dan macam dah tak kisah sangat pasal aku. For the first few months aku kerja aku tetap gigih contact dia, nak cerita pasal kerja aku and suruh dia balik, huuuu!! Setiap kali cakap dengan dia aku akan tanya bila dia nak balik, tapi dia takde jawapan. So after that few months, aku pulak dah mula  jarang contact dia, YM ke SKYPE aku dah tak online, aku dah tak tunggu dia pun macam sebelum ni. Aku pulak dah jadi macam tak kisah dengan dia, rindu pun takde sampai nak mencengkam jiwa mcm awal2 dulu. He's no longer my priority, but my job is my everything plus aku dah makin happy dengan semua orang dalam team aku tu. Aku jugak dah mula rapat dengan seseorang dalam team aku tu, mula2 aku layan macam biasa je, macam kawan2 yg lain, tapi apa2 hal semua aku cari dia la sebab in my team I only trust him. Yang lain2 tu semua baik2 dengan aku tapi aku boleh rasa diorg mcm ada bad intention dekat aku. 


Aku mula berubah,
Lepas berbulan bulan dan bulan, aku dah tak peduli langsung pasal dia. Aku makin rapat dengan seseorang tu, banyak keluar sama dengan dia. Yeah, masa tu aku admit aku still a baby, tak matang dalam soal perasaan, kind of culture shock with new work environment. Bila aku pulak dah jarang cari si dia, dia pulak yang cari2 aku. Mungkin dia perasan benda tu kot masa tu, bila bercakap dengan dia aku rasa tak happy, i become fake when i talked to him. One fine day, he called me and told me that he's coming on this particular date. Tahu apa aku rasa masa tu? Aku tak happy langsung  when he told me that, aku tak rasa apa pun just aku tak happy, tak teruja pun dia nak balik. Tapiii, dalam phone bukan main fake lagi aku ni. At that time, aku lagi banyak fikir keburukan dia dari kebaikan yang dia ada. Honestly, masa tu aku tetiba rasa boring sangatttt dengan dia, plus terbawak2 perasaan sebab dia jarang contact aku and hilang macam Chipsmore. Lagi satu, sebab aku pun dah seronok kawan dengan seseorang tu kan, kebodohan disitu. Masa si dia bagitahu dia punya arrival on this date and bla3, he was so excited, siap tanya aku kerja ke cuti masa tu. He was expecting to see me after his arrival, tapi aku cakap dengan dia aku kerja on that day padahal yang sebenarnya aku off. Seriously, i dont have any feelings to him even to see him pun takde perasaan. Its just gone like that just me because my feelings dah jump dekat orang lain, memang sangat tak matang masa tu, His arrival day pun dah tiba, memang aku tak pergi pun, i did call him and check dia balik macam mana, Tu semua nak berlakon punya pasal, aku say sorry to him and told him i cant make it because im working. Dia cool je cakap its okay, dia tunggu kawan dia datang ambik. In the same time, dia sibuk tanya bila aku off and so, sebab dia nakkkk sangat jumpa aku sbb rindu aku. Aku tetap tak rasa apa pun walaupun tahu sekarang dia dah ada kat sini. Since that, dia mula kerap contact aku tapi aku banyak ignore dia. Tiap kali dia ajak jumpa aku selalu bagi alasan cakap busy kerja. Tu jela alasan harian aku bagi dekat dia, lagi satu aku cakap kerja shift penat so aku malas nak keluar rumah apa semua.

Aku, dia berjumpa,
Lepas seminggu macam tu dia balik sini baru aku pergi jumpa dia, aku sendiri yang call dia cakap nak jumpa. Tapiii, itu pun aku paksa diri aku untuk buat semua tu sebab aku rasa macam teruk sangat sampai tak nak jumpa. Kitorang tak keluar mana pun, just jumpa dia dekat area rumah yang dia duduk tu. Aku tunggu dia dalam kereta, so dari jauh aku nampak dia jalan, aku takde rasa apa pun kecuali dalam hati ni cakap, "boringnyaaaa nak jumpa dia ni!" Yang dia pulak dari jauh dah senyum2, so aku bukak pintu kereta tapi tak keluar pun, aku keras duduk dekat seat driver tu. Dia yang datang dekat sebelah aku, belek2 muka aku dan bagitau, "I miss you", aku pun dengan palsunya cakap aku rindu dia jugak. Aku banyak diam dari bercakap dan dia yang banyak tanya pasal kerja apa semua. Dia perasan aku tak banyak bercakap, tapi aku cuma bagitahu yang aku penat kerja. Aku rasa thats the only time aku jumpa dia, lepas tu aku tak penah nak jumpa dia walaupun dah sejuta kali dia ajak keluar. Tiap kali, alasan basi tu jela aku bagi dekat dia. Tapi dia diam, dia layannn je perangai mengarut aku masa tu. Feeling aku dekat dia masa tu, memang kosong. Aku rasa aku tak boleh dengan dia, aku tak nak jumpa dia tapi aku tak penah cakap semua tu dekat dia. Aku lagi banyak menyepikan diri, kalau dia call kadang2 jawab kadang tak, sms pun sama. One day, he suddenly called me lepas tu ajak tunang, aku tau masa dia tu dia dah stress sangat fikir pasal aku. Tapi aku cakap dengan dia aku tak nak, aku tak ready, aku twist sikit cerita aku cakap dia pun baru nak sambung Master, kerja apa semua takde nanti anything when it comes about money macam mana. Dia cakap its ok, bapak dia ada, huhuhu. Tapi aku tetap refused and dapat point baru cakap sampai bila nak harap duit bapak je. So then, dia pun slow down lepas tu dia okay. Aku masa tu memang tak boleh langsung dengan dia, tapi aku tak pernah bagi kata putus sebab aku banyak muhasabah diri. Aku banyak fikir, aku banyak tanya diri aku apa yang aku cari dalam hidup ni. Aku fikir dia, apa salah dia yang sampai aku nak layan dia macam ni. Banyak, memang banyak benda aku fikir, tapi masa tu aku tak jumpa jawapan. Benda berlarutan sampai berbulan2 lamanya, dengan dia aku tak nak jumpa, tak nak keluar sama, tapi dengan kawan2 aku keluar pergi lepak sometimes. Sampaikan aku tak boleh nak tengok dia, ada one time aku dgn kawan2 aku lepak dekat mamak, and dia pun ada dekat situ, sanggup aku menyorok dari dia and duduk dekat tempat tersorok, sampai macam tu sekali. Kadang2 tu sbb tak perasan dia ada, dah sampai baru nampak, baru la aku duduk dgn dia, tapi tu pun aku tak bercakap. Since that dia pun dah mula perasan, dia mula message aku dan tanya macam2 dekat aku. Aku tak bagi banyak jawapan, tapi aku just cakap dengan dia, give me some times and dia pulak, terus bersikap tenang, walaupun kadang2 ada jugak nampak dia meroyan post status bukan2 dekat facebook. Dia tetap tunggu aku.

29 November 2011,
Aku telah melarikan diri sekejap ke Seoul, Korea. Seminggu aku dekat sana, aku betul2 habiskan masa aku berjalan sampai dah tak rasa tapak kaki.  Bila dekat bilik je baru check handphone, masa tu dah mula guna whatsapp, so harapkan wifi dekat situ jela. Aku tak banyak message orang dekat sana including dia. Masa aku dekat sana ada la sikit2 aku update gambar dekat dia walaupun feeling aku masa tu masih ke laut. Yang seseorang tu masih ada, masih wujud, dia adalah orang yang paling banyak dan kerap message aku, tapi aku masa tu dah mula nak keep distance. Aku banyak berfikir masa kat sana, aku cuba cari balik dan dapatkan balik semua feeling yang dah hilang sebab aku dah tahu sebab yang buat aku lagi jauh dari dia. Tapi susahhh, susahh sangat, sebab aku tersepit dengan seseorang tu. Dah la pergi kerja pun car pool, satu team pulak tu, rumah pun dekat2 je, aku penah cakap dengan dia yang aku nak jadi kawan yang biasa, kawan macam orang lain. Tapi tuhan je tau stress, tekanan jiwa, kemurungan  yang aku alami nak handle orang yang tinggi determination ni, Dia tak boleh terima benda tu sebab sayang yg melampau dekat aku. Tapi aku bagitau dekat diri sendiri, i created all this so i need to end it. Aku tahu benda ni akan ambik masa dengan feeling aku yg tak menentu masa tu. Disebabkan itu, aku tersampai dekat Korea, negara Kpop yang jadi kegilaan ramai tu, nasib aku tak tergolong sekali. Gahahahaha!!!




Balik je dari Korea, segala yang serabut tu pun datang balik. Sambung teruskan perjalanan.
Perjalanan yang belum selesai...

1 comment: