Aktiviti baru yg saya buat lepas habis kerja, saya dan kawan saya akan menikmati evening tea di sebuah restoran arab yg lain. Menikmati shawarma yg sedap sekali, waktu ni saya masih belum mengenali pemilik restoran al-Jazera tu. Tak pernah ada perasaan pun nak melepak di situ. Sampailah satu masa tu, restoran yg ni dah tak ada shawarma yg sedap tu. So, saya recommend utk berubah tempat dan having evening tea di al-jazera. Sejak dari situ, perkenalan saya dan seseorg itu bermula.
Waktu itu,
Cuma rasa minat melihat wajah2 kacak org2 Arab ni. Entah knp, saya begitu tertarik dgn mereka ni. Bukan perasan cantik or taste yg melampau, tidak sama sekali!Tak pernah terfikir pun utk meminati org2 ni, dan dlm fikiran ni juga tak penah berangan pun utk ada boyfriend org2 ini. Asalnya, saya cuma tertarik dgn budaya mereka, percakapan mereka, wajah mereka. Mata ni mmg suka memerhatikan mereka, telinga ni suka mendengar perbualan mereka, bibir suka memberikan senyuman pada mereka. Kekerapan melepak di restoran bertambah bila restoran tu menjadi lokasi melepak waktu mlm disertakan dgn kawan2 yg suka bershisha di situ.
Mungkin terlampau asyik memerhatikan,
Setiap kali evening tea atau lepak waktu mlm di situ, mata ni bagaikan tertarik utk memerhatikan seseorg ini. Orangnya kecil je, muka manis je, percakapan yg lembut je. Setiap kali saya di situ, dia adalah perhatian saya. Sikit pun tak ada niat nak menggoda atau menggatal, cuma setiap kali ada peluang, pasti saya akan mencuri pandang. Bila ada yg perasan, dgn cepat bibir ni mengukirkan senyuman dan mengalihkan pandangan. Sbb terlalu kerap disitu, saya dan kawan2 sy cukup dikenali oleh para pekerja disitu dan seseorg tu. Walaupun kerap disitu, perbualan antara kami tidak pernah berlaku, cuma berbalas senyuman je. Hati suka, dalam masa yg sama rasa malu sbb mungkin dia perasan yg saya selalu memerhatikan dia.
Bermulalah sedikit komunikasi,
Sewaktu saya yg bayar bil di kaunter, dan dia adalah org yg menjaga kaunter itu. Cuma sekadar bertanya khabar dan diberi diskaun sikit. Makin hari, makin kerap dpt diskaun, dlm hati kecil ni..pada mulanya terdetik rasa jahat, kononnya nak gunakan kuasa wanita semata2 utk mendapatkan diskaun selalu, tapi cepat2 saya memperbetulkan niat saya. Sejak komunikasi bermula, dia semakin berani utk eye contact dgn saya dan sentiasa senyum melihat saya. Tapi saya, tak pernah timbul rasa suka pun pada dia..hati pun mula tak senang dgn perlakuan dia, jadi saya kurangkan aktiviti disitu. Rupanya, seseorg itu sentiasa menantikan kehadiran saya. Bukan tu saje, dia perasan kekerapan saya ke restoran dia makin berkurangan. Tapi saya tak pernah ambil peduli semua tu, sbb saya tak penah suka dia dan saya mula berasa rimas.
Mungkin silap sendiri,
Sebab terlampau asyik memerhatikan org, memberi senyuman, tafsiran seorg lelaki itu adalah lain walhal saya yg perempuan ini tidak berniat apa2. Cuma memerhati dan senyuman itu sbgi tanda yg saya bukanlah sombong. Niat saya telah disalah tafsir, perlakuan saya telah menabur sebuah perasaan suka dalam diri dia.
Saya akan kembali. Jumpa lagi!
Selamat Membaca!
No comments:
Post a Comment