Sunday, 10 June 2012

Selanjutnya

Rasa bersalah dalam diri,
Tiga hari selepas saya diberi business card tu, saya menghantar sms kpd seseorg itu. Saya cuma menyatakan terima kasih sbb beri diskaun pada saya. 200 kali juga fikir nak sms ke tak, tp hati ni rasa tak senang,sbb takut klu dia berfikiran negatif. Saya mendapat reply dari dia, tapi yang dia reply cuma, "who is this?". Saya tidak memperkenalkan diri,cuma beri hint pada yg menyatakan saya adalah budak perempuan yg diberi diskaun. Sms kami tidak berlarutan, dan saya pun tak berminat utk bersms.

Tidak seperti orang lain,
Saya dan seseorg itu tidak bersms, call apatah lagi. Saya pun tak pernah kisah dan tak pernah ambil peduli. Cuma berborak bila saya pergi ke restoran dia. Setiap kali ke sana, dia pasti sudah tahu apa yg saya gemari, tak perlu saya order pasti makanan itu sudah sampai. Kami berkawan seperti biasa, dia sendiri tidak pernah tunjukkan reaksi seperti sukakan saya. Dan saya sendiri pun act seperti biasa sbb saya tak ada perasaan terhadap dia ditambah pula hubungan saya dan bf saya waktu itu, mmg pada tahap kritikal.

Dia semakin berani,
Mungkin kerana memiliki ego yang tinggi,sbb itu dia tak pernah tunjuk sebarang reaksi, padahal yg hakikatnya dia sukakan saya. Dan saya pula, cuba melarikan diri dari dia. Dia tidak pernah telefon, cuma beberapa sms yg boleh dikira dgn jari utk bertanya khabar. Waktu itu, saya tidak lagi ke restoran dia. Saya dan kawan2 saya sudah tidak ke situ lagi utk melepak. Mungkin sbb itu dia memberanikan diri utk sms saya dan memberanikan diri utk ajak saya keluar. Sbb rasa tidak percaya pada dia, saya tidak pernah menerima ajakan dia dan selalu memberi alasan utk mengelak dari dia. Entahlah,waktu itu saya makin rasa rimas dan serabut. Tak berminat lgsg utk melayan dia, sms yg dihantar pun, kdg2 shj saya balas. Klu saya rasa serba salah, saya balas tp dgn cuma sepatah dua perkataan.

Masih bertemu,
Kadang2, slps habis kerja saya akan singgah ke situ utk membeli mknn utk family saya. Klu dia ada di situ, kami berborak seperti biasa, seperti tiada apa yg berlaku. Sehingga pada suatu hari, dia memberanikan diri utk mengajak saya keluar. Mungkin sbb hampir sebulan saya tidak lagi ke situ dan sms dia juga saya tidak pernah jawab. Waktu saya diajak keluar itu,saya memberi alasan yg saya di rumah dan tidak berasa mahu keluar. Yg sebenarnya saya bersama kawan2 saya sedang lepak di sebuah kedai yg terletak tidak jauh dari restoran dia. Dan dia tahu saya selalu ke situ, dan pada saat itu baru saya tahu yg dia akan selalu lalu di kedai tersebut utk melihat sama ada saya di situ atau tidak.

Sesuatu yg menyakitkan hati,
Saya menerima sms dari dia, tp ayat yg agak sarcastic. Seolah-olah memerli saya yg kononnya saya sedang sibuk dirumah sambil bershisha. Saya tidak melayan sms itu, tapi dalam hati tertanya2 knp ayatnya spt ini. Kami mula argue kerana saya mula merasa tidak senang dan semakin rimas. Akhirnya yg dia mengakui yg dia terlihat saya di kedai tersebut sedangkan saya beritahu dia yg saya di rumah. Rupanya, dia selalu memeriksa di mana saya setiap kali saya memberi alasan utk tidak keluar dgn dia. Itu bukanlah perkara yg menjadi isu, tetapi yg buat saya marah bila keluar soalan dari dia, "Are you trying to play with me?".

Tidak pernah terlintas difikiran,
Saya tidak pernah sukakan dia, dan dia juga dia tidak pernah menunjukkan reaksi spt dia sukakan saya. Walaupun ada terdetik dalam hati ttg kelakuan dia, tp saya tidak mengambil serius soal itu. Cuma yg ada difikiran, mungkin seseorg itu pun cuma mahu berkawan atau mungkin utk main2kan org shj. Saya jadi tak faham bila dia tanyakan soalan spt itu pada saya. Dan kenapa dia mahu terasa spt itu klu dia tidak menganggap apa2 antara saya dan dia. Berminggu2 saya membiarkan perkara itu, dan pada saya waktu itu, saya sudah tidak mahu lagi berkawan dgn seseorg itu.

Tidak berakhir di situ,
Saya juga sangkakan itu adalah sesuatu yg muktamad. Tapi bukan itu yg terjadi, apa yg berlaku sebenarnya, akan saya ceritakan pada post yg seterusnya. Jumpa lagi!

Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment