Sunday, 21 June 2015

Sambungan... dari Part 5 - Selanjutnya

Memang relationship aku dgn dia tak habis kat situ je. Lepas ada salah faham tu, aku telah meng'ego'kan diri. Dia sms, call, semua aku tak layan.
Maybe kemahuan hati dia yg sgt tinggi masa tu, dia terus dtg rumah. Bkn jumpa parents ye! Tgu kat lobby je. Tapi nampak effort dia kat situ.

Jambatan Putrajaya tu jadi tempat meleraikan segalanya.
Bersungguh dia minta maaf, siap bagi aku hadiah baju brand Diesel, warna Purple.
Elok dalam simpanan lg, just tak boleh pakai je kerana faktor pengembangan badan.
Dan, kat situ jugak la dia luah perasan kat aku.
Takde segan silu, takde berkias..terus straight forward bagitau yg dia suka and sayang aku.

Aku?
Keras membisu, lepas tu aku menangis. Menangis? Why?
Sebab aku tak tau nak response dan sangat keliru. Aku masa tu sangat takde hati nak bercinta sbb baru lepas sakit hati dgn ex-bf, Aku tak sampai hati nak buka mulut masa tu sbb takut aku pula yg akan sakitkan hati org, lagi satu aku tak tau apa aku rasa masa tu.
Then, apa yg aku boleh buat, aku menangis la dan simpan semuanya dalam diari hatiku, Ahaks!

We back to normal,
Kita jadi kwn balik, and since that aku selalu la melepak balik kat restoran dia tiap kali balik dari kerja.
Aku dgn dia makin rapat, tapi aku tak pernah bagi response dekat dia soal hati. Tapi dia,
makin hari makin tunjuk kasih syg dia kat aku. Lama, sangat lama aku biarkan dia tepuk sebelah tgn,
tapi dia...tak pernah give up.
Aku membatu sbb byk benda aku fikir. First and for most, betul ke dia ni boleh dipercayai? Dia ni Arab yg boleh pakai ke tak boleh pakai? yg lain tu, aku mcm dah tak percaya lelaki masa tu sbb aku ditipu super hebat dgn ex-bf aku, additional keganasan rumahtangga sekali.
Aku tak pernah cerita dgn dia semua tu, setiap kali dia tny kenapa aku tak pernah response dkt dia,
aku just bgtahu, still not the right time to share.

Bentakan jiwa mungkin,
Satu hari aku duduk berdua dgn dia kat restoran dia..huuu!! mmg setiap hari berdua pun.
Tiba-tiba dia nak berbicara dgn aku terus dari hati ke hati, serious talk org kata.
Dia tny aku knp aku ignore feeling dia utk tempoh yg sangatttt lama. Okkk, no more excuses utk aku masa tu, so aku terpaksa keluarkan apa yg terbuku, tersimpan dlm hati.

"I'll help you to forget your pass, and let us give a try."
Itulah ayat yg keluar dr mulut dia lps sesi bercerita dgn dia.
I say yes sbb melihatkan dia yg tak penah give up and effort dia yg sgt tinggi to win my heart.

No comments:

Post a Comment