Diterima bekerja di universiti itu, bukanlah pekerjaan pertama, tp itulah pekerjaan pertama yg saya dpt bertahan lama. Hampir 2 tahun mencari rezeki di sebuah universiti di Cyberjaya. Saat bekerja di situ, status diri ini bukanlah 'Single', ada boyfriend tapi hubungan waktu tu dah berada pada tahap kritikal dan dlm proses mengakhiri semuanya. Tapi, diri ini tenang dan tak menjadikan itu sbgi beban hidup, dan pada saat itu juga saya memasang hasrat utk tidak mahu bercinta. Sbb apa???Cuma mahu memberi ruangan kpd hidup itu memikirkan soal diri sendiri, bebas dari komitmen yg bagi saya, tak berapa penting (utk masa tu la..heee)
Bekerja di situ,
Pengalaman yg best buat saya, smpi skrg pun saya masih rindukan pekerjaan itu. Nak buat mcm mana,rezeki saya tertulis di syarikat penerbangan. Bekerja di universiti itu, saya terdedah dgn pelbagai ragam pelajar. Seronok melayan kerenah mereka, kebanyakkan student di situ dtg dari negara Iran, Arab Saudi, Palestin dan byk lagi negara Timur Tengah. Setiap hari saya didatangi student2 ni, meluahkan rasa tidak puas hati dan mcm2 lagi. Saya bagaikan kaunselor mereka pdhl itu bukan tugas saya, dan ada yg smpi ke hari ni kami menjadi sahabat. Kerana selalu berkomunikasi dgn para pelajar ni, saya jadi suka dgn budaya org Arab ni. Sedap je telinga mendengar percakapan mereka dlm bahasa Arab tu, cara pergaulan mereka (sesama mereka sendiri la).
Entah, sejak bekerja di universiti tu saya menjadi tertarik dgn org Arab, kecantikan mereka, kekacakan mereka, kulit yg halus mulus, sedap je dgr diorg ni berborak.
Rasanya semua sedia maklum,
Kat Cyberjaya tu, kebanjiran org Middle East mmg agak meriah. Sampaikan kebanyakkan restoran di sana pun adalah restoran Middle East, saya yakin mesti ramai yg tahu salah satu restoran yg famous kat situ, Saba'.
Pertama kali saya belajar mkn makanan Arab pun masa saya kerja di universiti tu. Haaaa, di sini laaa permulaan saya mengenali seseorg itu. Officemate belanja lunch di sebuah restoran Arab iaitu Al-Jazeera, first time tahu kewujudan restoran itu tapi masa tu tak kenal lg seseorg itu yg juga merupakan pemilik restoran tersebut. Tapi utk makluman semua, restoran ni dah 2 tahun tak beroperasi. Pemiliknya nak focus pada sambungan Master dan focus pada karier yg lain.
Bersambung di post yg seterusnya, kadang2 baca cerita panjang2 pun bosan juga plus menghadap pc ni. Boleh sakit mata dibuatnya. Jumpa lagi!
Selamat Membaca!
seronoknyer dpt kenal ngan org antarabangsa ni kn :D
ReplyDeleteseronok..bila kita kenal org yg hati dia mmg baik..salah kenal,kita yg lingkup..huhu
Deletebest! can't wait to read you2 next post! nanti inform ye bila dah update! :)
ReplyDeleteNew post available now.
Delete