Monday, 4 June 2012

Selepas itu...

Sejak aktiviti dikurangkan,
Saya menjalani hidup seperti biasa, kadang2 je pergi evening tea. Duduk kat situ dari petang smpi la ke mlm,baru nak ingat rumah. Mungkin kerana saya jarang ke restoran tu, seseorg tu pun mula mengorak langkah setapak ke hadapan. Tapi saya layan macam biasa, dalam fikiran klu dia nak berkawan kita kawan jela balik. Saya masih lagi dgn tabiat saya, bila ada peluang je mesti saya curi2 pandang,curi2 dengar. Kawan2 perasan kelakuan saya tu, diorg ingat saya suka kat seseorg tu, 100x kali saya ckp tak..tapi diorg tak percaya.

Komunikasi semakin hebat,
Mungkin sbb saya jarang ke situ, or kadang2 tu saya ke situ seseorg tu yg tak ada. Dalam hati tercari-cari juga dia, tapi tak penah dilayan pun perasaan tu. Komunikasi selalu dimulakan oleh seseorg tu,saya cuma beri senyuman je. Dia dah ada keberanian untuk dtg ke meja dan bertanya khabar, restoran tu pun dah mcm restoran saya sendiri. Nak ambil air ke apa, saya pegi ambil sendiri..hohohoho. Seronok moment masa tu, rinduuuuu!!!! Dan mcm biasa, kalau saya yg pergi bayar di kaunter, mmg confirm dpt diskaun. Dalam hati ada juga terdetik, knp baik sgt mamat ni memanjang nak bagi diskaun. Dalam masa yg sama dalam fikiran saya, orang Arab ni bukan boleh percaya, diorg ni dgn org kita nak buat main je. Kenapa saya fikir mcm tu?sbb dulu saya hari2 berhadapan dgn student middle east, kami berborak dan kebykkan mereka ada gf melayu, kata mereka Malay girl are easy to approach.

Saya dan dia makin dekat,
Mula berani utk berkomunikasi(eye contact,senyum,tny kabar), tp saya sentiasa mengingatkan diri utk sentiasa berhati2. Dia mula ajar saya bahasa Arab, yg basic2 jela, komunikasi kami adalah dlm English. Dia pula minta saya ajar bahasa melayu. Rupanya dah hampir 10tahun dia duduk di Malaysia tapi tak fasih berbahasa melayu. Lagi sekali, hati saya berbisik, ni semua taktik nak mengorat. Saya cuma membalas dgn senyuman dan cakap Okay. Seperti biasa, diskaun lagi smpi saya rasa bersalah sangat sbb terlalu kerap diberi diskaun.

Saat yg tak disangka,
Entah berapa lama saya tak penah jejak restoran tu, saya jejak kembali. Pandai juga dia mengatur langkah, tiba2 dihulurkan business card pada saya waktu saya bayar bil ditambah waktu tu, diskaun yg dia bagi mmg agak dahsyat. Saya terkedu tiba2 org hulur business card, saya ambil dan terus pergi mcm tu je tanpa cakap terima kasih. Dalam perjalanan pulang, otak tu mula berfikir mcm2..takut pun ada. Segala persoalan ada dalam kepala masa tu Lps tu baru teringat yg saya main pergi mcm tu je. Dalam hati takut juga dia fikir yg saya ni cuma nak ambil kesempatan utk diskaun je. Bersalah pula rasa hati ni.
Lagi sekali,
Saya menghilangkan diri dari restoran tu sbb hati mula rasa tak senang. Menyesal pun ada pegi senyum sana sini. Apa yang berlaku seterusnya, kita jumpa lagi nnt. Sorry ye, lambat sikit update, sibuk celebrate birthday..hahahaa. Esok pun sepatutnya kerja,tp saya masih tak tido lg..kenapa laa mata ni tak nak lelap. Jumpa lagi!

Selamat Membaca!

2 comments:

  1. org cntik cm kamu mmg rmai yg nk...hehe

    jgn selalu trime diskaun tu, alau bleh byr je cukup2...nti dia akan pikir kamu cam yg kamu ckp tu 'Malay girl are easy to approach.'..bahaya tu...huhu

    apepon aty2 ye...have a nice day :)

    ReplyDelete
  2. diskaun tu dulu..skrg dah takde diskaun dah..tgu sambungan lagi..panjang lg cerita ni.. :)

    ReplyDelete