Friday 1 June 2012

Sebuah Permulaan

Hello semua,
Blog ni dah lama wujud, tapi tak aktif. Yelah, dulu tak ada apa yang nak dikongsikan sangat. Sekarang, sejak makin dewasa hidup ni makin byk di duga. Dan sbb itu saya mencari semula blog utk dijadikan tempat luahan hati. Terasa ingin berkongsi dgn para pembaca,mungkin nnt ada yg memahami. Cerita hidup yang kdg2 terasa indah,  dan kdg2 mcm tiada hala tuju.

Sebagai permulaan,
Saya kenalkan diri saya serba sedikit, sblm para membaca melangkah dgn cerita kehidupan saya.
Cukuplah hanya mengenali dgn nama pena saya, Zanna. Usia yg masih muda dalam lingkungan 20-an.
Saat saya menulis blog ini, 1 JUN 2012, saya menyambut hari jadi saya yg ke 20-an. Huhuhu. Saya bekerja di sebuah syarikat penerbangan, tp bukan stewardess ye! Alhamdulillah, sudah setahun menjadi pekerja tetap di sini.

Di syarikat penerbangan inilah yg membuat saya kembali mencari blog dan menulis di sini. Cerita tentang sebuah percintaan, tp bagi saya ianya agak merumitkan, buntu, dan tiada keputusan yg dpt dibuat. Tapi, cerita saya ini akan dimulakan dgn sebuah perjalanan yg tiada kena mengena dan tidak berlaku di syarikat penerbangan. Tapi berlaku 4 tahun yg lepas sewaktu saya bekerja di sebuah universiti di Cyberjaya. Saya bukan lecturer, tp cuma seorg admin yg handle bahagian English Course utk international student.
Bukan akan diceritakan di sini,
Coretan itu akan saya coretkan di post yg seterusnya. Saya tahu dan saya pasti, yg saya akan dikutuk atau dikecam bila sampai pada pertengahan cerita nnt. Yg saya pinta, jgn dikecam saya kerana saya cuma manusia biasa yg Allah beri perasaan cinta. Perasaan cinta yg Allah cambahkan di dalam hati saya dan saya tidak dpt utk menafikan itu.Yg saya perlukan cuma,secebis nasihat atau kata2 perangsang utk saya mencari jawapan yg tak pasti. Jumpa lagi.


Selamat membaca!


No comments:

Post a Comment