Heheheh!! Dah masuk November dah, cepat betul masa berjalan. Sangat tak terasa and tak sedar kepayahan yang aku tempuh sebenarnya agak lama. Mood hari ni nak sambung cerita datang sebab, bosan duduk rumah. Hahahah!! Sambil menunggu janji seorang sahabat nak pergi makan sushi yang tak kunjung tiba, aku sempat la window shopping dekat http://www.colourscosmeticsmalaysia.com nak tengok2 Lipstick. Meriahkan hidup begini? Tak kerja ke? Aku off hari ni, sebab tu duduk terperap dalam bilik buat benda tak berfaedah sambil mengembangkan badan. Niat nak hidup gaya sihat tu ada tapi...nak memulakan tu..hmmm!! Aku tak bersedia...
2013,
Aku rasa tahun 2013 tu tahun yang sangat bahagia, happy and all the positive feelings are belong to it. Lepas setahun aku dalam dilema, aku ignore dan melarikan diri dari dia, Tuhan bagi balik perasan yang indah tu dekat aku. Hari-hari aku, aku fikir dia je. Perasaan nak kahwin tu sangat membuak-buak sebab aku rasa dialah yang terbaik untuk aku. 5 tahun kawan dgn dia, sikit pun dia tak pernah berubah, cara dia melayan aku. Makin sweet adalah, kalau pergi makan, aku nak chilli sauce pun, dia akan tolong ambikkan eventhough benda tu ada kat sebelah meja je, i just can go and grab it by myself tapi dia yang nak buatkan semua tu. Macam aku cakap tadi, perasaan nak kahwin tu membuak-buak sangat. Faktor lain pun ada jugak, sebab BFF aku pun dah kahwin so aku rasa macam aku tercicir, tapi faktor yang tu sebenarnya sangat tak boleh jadikan alasan utk kahwin. Sebab kita tengok orang dah kahwin, dah ada anak kita pun sibuk jugak. Ketentuan hidup kita diantara yang lain adalah sangat berbeza. Sekarang memangla aku cakap macam ni, tapi if back to that year, aku tak mampu pun nak fikir macam ni. One thing that I noticed, aku yang banyak beria soal tu, tapi dia agak 50-50 even plan for engagement ke apa pun langsung takde. Sendu jugak, tapi aku diamkan je.
Convocation day,
Sebulan selepas birthday aku, tibalah pula hari bahagia dia. Yang paling tak boleh terima, convo dibulan Ramadhan, memang bijak pandai jugakla Universiti dia tu tapi menerima dgn hati yang terbuka demi segulung Master. Yeahh, convo kali ni adalah convo untuk Master, and I'm the woman behind his success, hohohoho, kononnya!! Tapi, untuk convo kali ni, none of his family members are coming. But for myself, it's a second time attending his convocation. But this time, is a bit special sebab dia allocate aku dekat seat VIP under his Embassy. Seat betul2 kat depan stage tu, terasa diri ni sangat dihargai and feel so special. Since I'm alone during that day, dia siap minta tolong his bestfriend, Ammari untuk teman aku so at least aku takdelah lost or boring. Plus, Ammari tu dah kahwin, with our local and I attended the wedding, so i knew Ammari's wife. Adalah jugak aku kawan nak membatu kat dalam hall dekat PICC tu. Apa pun, that convo is the longest i ever attend, dah la bulan puasa lepas tu dari awal pagi around 8am start, pukul 3pm baru habis. Sebab?? Dia buat semuaaaaa sekali together untuk diploma ke apa semua, lemauuuu yang teramat sangat menunggu, bila keluar dari hall pulak, ada pulak meja2 yang tersergam indah dengan makanan dihidangkan. Sedihhh!! Tapi, dalam kepenatan tu, kita lupa sekejap bila kita tengok dia happy, dalam busy2 dia nak ambik gambar dengan kawan2 dia and all that, dia tak pernah lupa aku ke tiba2 tinggalkan aku kat belakang ke, he didnt do that. Aku tunggu dia sampaiiii habis semuanya, teman dia ambik gambar studio, dia ajak aku ambik gambar studio berdua dengan dia, tapi aku menolak. Aku rasa macam tak best nak ambik gambar berdua dengan dia, sumpah, masa tu dalam hati aku fikir kalau takde jodoh dengan dia, sia2 je ambik gambar macam tu, tapi takdela aku bagitau alasan tu. Aku just say tak nak sebab aku segan, tu je. Still, we both still have photo together tapi bukan gambar studio. Tu je, muehehehe!!!
Raya story,
Lepas bergembira dengan kejayaan, sampai pulak masa bergembira dengan Hari Raya, tapi bukan dengan aku. Lepas je hari convo dia tu, dia bagitahu dalam seminggu sebelum Raya dia akan balik ke Dubai, not only with purpose which to celebrate Raya, tapi sebab nak renew visa sekali. Macam tu la relationship aku dengan dia, always being apart, bila dah happy2 mesti lepas tu kena separated, but im already immune to it, so dah tak kisah dah. So, beraya la masing2 dikejauhan, hahaha! Tapi, aku dengan dia always keep in touch, always. Dia rindu dari sana, dia call, aku rindu dari sini, aku call. But untuk kali ni dia balik tak lama, just for 2 weeks macam tu, so aku pun terlebih chill la cause i know he wont be long there. Lepas dia graduate Master, he did tell me that he wants to pursue his study, this time for PhD. We both always discuss on that and of course la aku jadi tempat reference dan pendapat dia which place is better to do PhD and so. Kalau nak cerita paras ketinggian education aku dengan dia, dia memang dah level Burj Khalifa tu dah, aku cukuplah sampai Diploma, lepas tu aku dah malas dah, niat ada nak sambung tapi sekadar niat jelah. But Alhamdulillah, walaupun setakat Diploma, but i have a good career, Inshallah! Cukup masa, so he returned to his second home, Malaysia. Since that, bila tiap kali jumpa, cerita aku dengan dia is about PhD. Kalau borak dekat whatsapp pun benda yang sama, tapi aku ok je. He has dream so I did my best to help him to achieves his dream, dia sangat teruja nak sambung PhD and to have a title Dr. Murad. Lepas survey sana, survey sini, he decided to pursue his PhD dekat Universiti Teknologi Mara (UTM). He did all the registration and one of the reason dia pilih UTM sebab he knows one the professor or something there so that boleh jadi dia punya Supervisor for his research nanti.
His Family,
From Convo, after that Raya and now his Family. Yeah, family dia datang Malaysia for few weeks, aku tak ingat sangat but agak lama jugakla. When he told me that his family coming, dalam hati aku terdetik, "ini ke masa dia?". Masa apa??? aku fikir maybe jodoh aku dah makin dekat, masa untuk jumpa dan kenal his whole family. Banyak aku fikir, beria sangatkan??!! Still, tu semua aku berangan sendiri je, takde pun aku cakap or suruh dia bawak aku jumpa family dia. So, during his family ada kat sini, aku tak banyak kacau dia, dia tak contact pun aku buat tak kisah je cause this is the only time he have to have fun and fully spend with his family. Busy life dia during that time, pagi kerja then lepas tu bawak family pergi sana sini. Off day, he brought his family to Cameron, lepas tu pergi Pulau Redang. Lepas semua tu, dia ada datang rumah aku to pass things to me. Dia kata mak dia belikan aku abaya from Dubai and some food is im not mistaken. Cantik abaya tu, very good quality tapi sampai sekarang tak pernah pakai lagi. Hahaahah!! Just that, he came alone to pass all that. Sebenarnya aku setiap hari menunggu bila la dia nak bawak aku jumpa family dia, tak penah pun dia cakap or plan for that, hati dah mula merasuk2 tapi aku chill je lagi. So, masa dia datang tu, dia bagitahu dia ada plan nak bawak family dia jalan2 Putrajaya. So, bukan aku yang buka mulut, but my ibu, dia immediate terus cakap nanti bawak la family datang rumah. Hmmm, ibu aku pulak yang beria and even planned to cook for them. His answer is inshallah, anything he let us know. Masa tu memang hati aku lagi kuat bergelora, jodoh nak dekat dah kot but then on the next day dia text aku and informed me that the plan has cancelled sebab his father is not feeling well. Aku???? Krik krik krik, tu jela yang aku mampu. So then, dah cukup masa family dia pun balikla ke Dubai.
Kesudahannya, dari 1st day until the last day his family here in Malaysia, aku tak jumpa pun or even dibawa jumpa.
Sentap jugak, tapi who am I nak bersuara lebih2 or to question him. Telan jela segala rasa dan berkecai semua angan2 aku tu. But I believe in someday.
Someday??? Yes, someday.........
Saya suka baca cerita blog akak :-)
ReplyDeleteIn sha Allah satu masa nanti...amin..
ReplyDelete