01 April 2011,
Hari pertama aku ditempat baru. Kerja baru aku ni sebenarnya on shift, tapi kena masuk office hour dulu untuk sebulan, on job training orang kata. Hehehe!! Perasaan?? Aneka juadah ye, dalam otak fikir mana nak pegi nanti, nak jumpa siapa, apa nak buat sorang2 nanti? Excited? Of courseee!! Bila fikir balik apa yang aku study dulu dengan kerja aku dapat takde kena mengena langsung. Jauh panggang dari api, gitewww!! First time pergi kerja drive jauh sikit dengan jalan ingat ingat especially dekat roundabout yang nak ke KLIA/LCCT tu. Dua kali aku main pusing2 roundabout ye, tgk signboard pun tetap pening. Umm, masa ni si dia tak balik Malaysia lagi. Terkesan ye korang, masa kita happy, kita teruja, kita excited, orang yang paling dekat kita tu takde. Lain rasa dia when we share our excitement through phone/message, especially bila kita dapat respond macam, "ohhh, im really happy for you","enjoy your new job" and so. Aku tak nampak muka dia, aku tak tau nak tone kan message dia tu mcm mana, dia mmg betul2 join excited sekali ke or normal wish yang mcm kebanyakkan orang hantar. Apa pun, lucky im an independent person so akan just swallow the bitter and go on with my ordinary life with smile. Ececece! Sampai je main door nak masuk ke tempat kerja tu, aku dah mula rasa awkward sangatttt, sorang2kan, rasa pelik jadi orang baru ni, tak tahu mana nak pergi, ofis aku pun aku tak tau kat mana. Dah la kita ni ye ye je pakai formal, padahal company tu tak practise formal culture, no dress code, you can wear any casual attire. Tapi yelah, tak tau kan masa tu, buat muka tak faham jelah. One thing, nasib baik aku dah make friend with my batchmate few days before start kerja ni, jumpa masa report dekat people department, so dah exchange number. And lucky also, dua orang aku jumpa ni pun on job training sama dengan aku. Jadinya im not alone, ada la geng nak pegi lunch dan aktiviti yang sewaktu dengannya. Dengan itu, aku pun masuk ofis dengan geng, then i meet all new people inside there and everyone were so cool and friendly. Aku jela yang problem sikit sebab aku kurang bercakap dengan orang yang aku tak kenal, jadinya aku lagi banyak sengihhh je dari bercakap.
Kerja shift pun bermula,
Aku telah pun dipisahkan dengan geng2 yang lain sebab masing2 dah masuk team lain, team yang aku dapat pulak, aku sorang je perempuan dalam tu. Im the Cinderella and they are The Dwarfs, gahahahaha!! Aku dah mula dapat adapt my job task and working in shift, started to enjoy and love my new job and can get along and mix with all The Dwarfs kat dalam team aku tu. I feel special, cause im the only girl and they treat me nicely. Aku dgn dia still together lagi, tapi our communication mmg dah sangat2 kurang masa tu, most of the time aku yang banyak cari dia. Sometimes aku call or sms dia masa time kerja, just want to talk to him. Tapi kopakkkk masa tu, cakap berapa minit je credit RM10 lesap, dah la masa tu duit pun takde, baru nak merangkak balik buat saving. Bila aku off, aku selalu standby online YM, Skype apa semua, aku tunggu sampai pukul 3 pagi, tapi dia tak online. Yeahh, dia jarang sangat cari aku dan macam dah tak kisah sangat pasal aku. For the first few months aku kerja aku tetap gigih contact dia, nak cerita pasal kerja aku and suruh dia balik, huuuu!! Setiap kali cakap dengan dia aku akan tanya bila dia nak balik, tapi dia takde jawapan. So after that few months, aku pulak dah mula jarang contact dia, YM ke SKYPE aku dah tak online, aku dah tak tunggu dia pun macam sebelum ni. Aku pulak dah jadi macam tak kisah dengan dia, rindu pun takde sampai nak mencengkam jiwa mcm awal2 dulu. He's no longer my priority, but my job is my everything plus aku dah makin happy dengan semua orang dalam team aku tu. Aku jugak dah mula rapat dengan seseorang dalam team aku tu, mula2 aku layan macam biasa je, macam kawan2 yg lain, tapi apa2 hal semua aku cari dia la sebab in my team I only trust him. Yang lain2 tu semua baik2 dengan aku tapi aku boleh rasa diorg mcm ada bad intention dekat aku.