Tuesday, 21 July 2015

Ziarah kubur ketika Haid

Haaa, 
Entry kali ni lain macam sikit sebab dua hari lepas ada berlaku kematian dalam family saya which is my uncle. Dah sudahhh, dalam kepala fikir macam mana nak buat ni, tengah red light pulakkk. Tapi saya tetap pergi. Dah la jarang jumpa ditambah pulak tengah raya ke-dua, jadinya baik pergi. Kenapa nak tulis entry pasal benda ni? Sebab saje nak share pada korang2 yang tak pasti, ragu-ragu macam saya. Sebab kebanyakkan dari kita ni, dari dulu banyak dengar dan ikut orang dulu-dulu cakap, kita tak banyak buat research atau bertanya untuk dapatkan kepastian. Orang kata tak elok, kita pun ye kan je, lepas tu kita pulak bawak info tu sampai ke anak cucu kita. Hahaha! Apa pun, dalam yang dilarang tu mungkin ada baik dia.

Yang pasti,
Saya kat sini cuma nak kongsi je untuk rujukan masa depan. Untuk para wanita yang sedang red light nak ziarah kubur adalah boleh dan sunat. Mungkin ada yang kata, haid tu kotor jadinya kita tak elok masuk kawasan perkuburan and so. Should be no problem, melainkan ibadah macam puasa, solat, baca Al-Quran, ziarah kubur tak termasuk dalam ibadah but it even good sebab menziarah kubur tu lagi akan mengingatkan kita kepada kematian dan akhirat. Cumanya, janganlah meratapi sesebuah kematian itu, kalau yg macam tu memang dilarang. Gitewww! 


To Him we Belong and to Him we shall Return


Sedikit sumber sebagai sumber rujukan,

Menurut ulama’ aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: ‘Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu’. Nabi s.a.w juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian” (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain “(menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat." Manakala Jumhur fuqaha’ pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama’ aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ada ‘keinginan ‘, maka hukumnya sama seperti lelaki. 

Ringkasnya, ziarah kubur adalah sunat juga bagi wanita sekiranya ia dapat mempastikan tidak melakukan perkara-perkara larangan seperti meratap dan meraung. Begitu juga, perlu menutup aurat dan tidak bercampur bebas dengan lelaki yang bukan mahram. Tidak pula disyaratkan bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan. Justeru, diharuskan wanita haid untuk menziarahi kubur.



1 comment:

  1. good info, memang selalu ragu.
    saya singgah & follow sini.salam perkenalan.;)

    ReplyDelete